Kelebihan Bulan Puasa Ramadhan

  • Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah  ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.
  • Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
  • Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :
    1. (Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :


      (Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)
  • Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!
  • Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w)  pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada  umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.
  • Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
    • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
    • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
    • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
    • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
    • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)
  • Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.
  • Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).
  • Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)
  • Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)
  • Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)
    • - Apabila  dia berdiri maka berdoalah hamparannya :  (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani  tebal kepadanya di dalam syurga)
    • - Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)
    • - Apabila memakai kasut, berdoalah kasut  (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)
    • - Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)
    • - Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)
    • - Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya:  ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)
    • Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)
  • Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud , satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat Muhammad! (Al-Hadith)
    • Keredaan Allah (bagi orang yang taat)
    • Keampuan Allah (bagi orang yang maksiat)
    • Jaminan Allah (bagi orang yang taat)
    • Kejinakan Allah (bagi orang yang tawakkal)
    • Anugerah Allah (bagi orang yang benar).
      • Ramadan, Ramada, ertinya : membakar - yakni menghapuskan dosa dosa orang yang berpuasa dan beribadat bulan Ramadan.
      • Ramadan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya. Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benar benar melakukan ibadat kerana Nya pada bulan Ramadan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul Qadar.
    • "Bahawa di dalam syurga terdapat bilik bilik, dilihat dari luar nampak di dalamnya dan dilihat dari dalam kelihatan di luarnya, berkata sahabat : untuk siapakah ya Rasulullah? Lantas Baginda menjawab : Ialah bagi orang yang baik percakapannya, bagi orang yang memberi makan makanan, bagi orang yang sentiasa berpuasa, bagi orang yang sembahyang di tengah malam sedang manusia banyak tidur." (Al Hadith)
    •  
    • "Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)
    • "Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith)
    • "Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya.(Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawasanya bagi Allah beberapa kejadianNya, dijadikan mereka supaya menyampaikan segala hajat orang dan supaya orang meminta tolong kepada Nya, pada menyempurnakan segala hajat yang diperlukan, mereka itulah orang yang aman daripada siksa Allah (Riwayat At Tibrani) (Al-Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam  syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya  hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat  dari pagi  hingga tenggelam matahari (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan (Al Hadith)
  • Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)
  • Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang  salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.
  • Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkatmaka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)
  • Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.
  • Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith).


Zikir Taubat , Solat Taubat & Taubat dari dosa zina



Sebelum ajal tiba, usahakan diri untuk melakukan Solat Taubat. Cara-cara menyempurnakan solat sunat taubat boleh baca di artikel Cara Menyempurnakan Solat Sunat Taubatmanakala Cara Taubat dari Dosa Zina di SINI.







Sayu bila dengar alunan Zikir Taubat.
Wahai Tuhan, ku tak layak ke syurgaMu, Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu, Ampunkan dosaku, terimalah taubatku, Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar, Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai, Dengan rahmatMu ampunkan daku oh Tuhanku, Wahai Tuhan selamatkan kami ini, Dari segala kejahatan dan kecelakaan, Kami takut, kami harap kepadaMu, Suburkanlah cinta kami kepadaMu, Kamilah hamba yang mengharap belas dariMu (I'tiraf, Raihan)




Asma Al-Husna


ASMA'UL HUSNA - Pengertian dan fadhilat-fadhilatnya


1. Allah
The God

Apabila dizikirkan 500 X setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2
rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati.


2. Al Rahman
Maha Pemurah
The Most Merciful

Apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500 X , maka hati kita akan menjadi terang,
tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin Allah.


3. Al Rahim
Maha Penyayang
The Most Merciful

Apabila dizikirkan sebanyak 100 X setiap hari , InsyaAllah kita akan mempunyai daya penarik
yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.


4. Al Malik
Maha Merajai/memerintah
The King, The Sovereign

Apabila dizikirkan sebanyak 121 X setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari, segala
pekerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yang diredhai
Allah.


5. Al Quddus
Maha Suci
The Most Holy

apabila dizikirkan sebanyak 100 X setiap pagi setelah tergelincirnya matahari, maka hati kita
akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hati, dengki dan lail-lain.


6. As Salaam
Maha Memberi Kesejahteraan
Peace and Blessing

Apabila dizikirkan sebanyak 136 X, InsyaAllah jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala
penyakit sehingga badan menjadi segar sihat & sejahtera.


7. Al Mu'min
Yang Memberi Keamanan
The Guarantor

Apabila dizikirkan sebanyak 236 X , InsyaAllah diri kita, keluarga & segala kekayaan yang
dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.


8. Al Muhaimin
Maha Pemelihara
The Guardian, The Preserver

Apabila dizikirkan sebanyak 145 X sesudah solat fardhu Isyak, Insyaallah fikiran & hati kita
akan terang & bersih.


9. Al Aziz
Maha Gagah
The Almighty/ The Self Sufficient

Apabila dizikirkan sebanyak 40 X sesudah solat subuh, Insyaallah kita akan menjadi orang
yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan.


10. Al Jabbar
Maha Perkasa
The Powerful/ The Irresistible

Apabila dizikirkan sebanyak 226 X pagi & petang, semua musuh akan menjadi tunduk &
patuh dengan izin Allah.


11. Al Mutakkabir
Maha Megah/Yang Memiliki Kebesaran
The Tremendous

Apabila dizikirkan sebanyak 662 X maka dengan kebijaksanaan bertindak, kita
akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu
yang setia.


12. Al Khaliq
Maha Pencipta
The Creator

Dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731 X, Insyaallah yang ingin otak cerdas,
cepat menerima sesuatu pelajaran. Amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan
cepat tangkap (faham).


13. Al Baari
Yang Melepaskan (Membuat, Membentuk, Menyeimbangkan)
The Maker

Sekiranya kita berada di dalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100 X
selama 7 hari berturut-turut, Insyaallah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh
dari penyakit tersebut.


14. Al Mushawwir
Yang Membentuk Rupa (makhluknya)
The Fashioner of Forms

Sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah
ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak
berbuka puasa, ambil segelas air dan dibacakan "Ya Mushawwir" sebanyak 21 X, Kemudian
diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara
yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari sahaja. Kemudian pada waktu
hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 X. Insyaallah akan dikurniakan anak yang soleh.


15. Al Ghaffar
Maha Pengampun
The Ever Forgiving

Sambil beri'tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir ini sebanyak 100 X
sambil menunggu masuknya solat Jumaat. Insyaallah akan diampunkan dosa-dosa kita.


16. Al Qahhar
Yang Memaksa
The All Compelling Subduer

Zikir mengikut kemampuan atau sebanyak 306 X, maka hati kita akan dijaga dari
ketamakan & kemewahan dunia & Insyaallah orang-orang yang selalu memusuhi
kita akan sedar & tunduk akhirnya.


17. Al Wahhaab
Maha Pemberi Kurnia
The Bestower

Dizikir sebanyak 100 X sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu didalam kesempitan,
Insyaallah segala kesulitan atau kesempitan dalam soal apa pun akan hilang.


18. Ar Razzaaq
Maha Pemberi Rezeki
The Ever Providing

Dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh. Insyaallah akan
dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat. Rezeki akan datang tanpa diduga.
Tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir.


19. Al Fattaah
Maha Pembuka Rahmat
The Opener/The Victory Giver

Dizikir sebanyak 71 X sesudah selesai solah Maktubah. Insyaallah hati kita akan dibuka
oleh Allah sehingga mudah menerima nasihat agama.


20. Al Aliim
Maha Mengetahui (Memiliki Ilmu)
The All Knowing/The Omniscient

Dizikir sebanyak 100 X setiap selesai solat Maktubah, Insyaallah akan mendapat kemaktifatan
yang sempurna.

21. Al Qaabidhu
Yang Menyempitkan (makhluknya)
The Restrainer/ The Straightener

Dizikirkan 100 X setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah & terlepas dari
segala bentuk ancaman.


22. Al Baasithu
Yang Melapangkan (makhluknya)
The Expander/ The Munificent

Bagi mereka yang berniaga atau mempunyai usaha-usaha lain, kuatkanlah usaha & berniaga
itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ini setiap hari, Insyaallah rezeki akan menjadi
murah.


23. Al Khaafidh
Yang Merendahhan (makhluknya)
The Abaser

dizikirkan sebanyak 500 X setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawwaduk, Insyaallah
segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan
jatuh mertabatnya.


24. Ar Raafi'
Yang Meninggikan (makhluknya)
The Exalter

Dizikirkan setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70 X, Insyaallah keselamatan harta
benda di rumah, di kedai atau di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.


25. Al Mu'izz
Yang Memuliakan (makhluknya)
The Giver of Honor

Dizikirkan sebanyak 40 X setiap hari, Insyaallah akan memperolehi kewibawaan yang besar
terutama ketua-ketua jabatan atau perniagaan.


26. Al Mudzil
Yang Menghinakan (makhluknya )
The Giver of Dishonor

Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang yang berhutang kepada kita &
sukar untuk memintanya, insyaallah si penghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali.


27. Al Samii'
Maha Mendengar
The All Hearing

Sekiranya ingin doa kita makbul & pendengaran telinga kita tajam, biasakanlah zikir ini setiap
hari menurut kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah solat Dhuha, Insyaallah doa akan mustajab.


28. Al Bashir
Maha Melihat
The All Seeing

Dizikirkan sebanyak 100 X sebelum solat Jumaat, Insyaallah akan menjadikan kita terang hati,
cerdas otak & selalu diberikan taufik & hidayah dari Allah.


29. Al Hakam
Maha Menetapkan
The Judge/ The Arbitrator

Dizikirkan sebanyak 68X pada tengah malam dalam keadaan suci, Insyaallah dapat membuka
hati seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu agama & membantu kecepatan mempelajari
ilmu-ilmu agama.


30. Al Adllu
Maha Adil
The Utterly Just

Dizikirkan sebanyak 104 X setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, Insyaallah diri kita
selalu dapat berlaku adil.

31. Al Lathiff
Maha Lembut
The Subtly Kind

Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, Insyaallah bagi para peniaga, ikthiar
ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris & maju.


32. Al Khabiir
Maha Mengetahui Rahsia
The All Aware

Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandung faedah yang teramat banyak
sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat bertemu dengan
teman atau anak yang telah terpisah sekian lama.


33. Al Haliim
Maha Penyantun
The Forbearing/The Indulgent

Dizikirkan sebanyak 88 X selepas solat 5 waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan
dalam pemerintahan, syarikat atau apa saja, Insyaallah dipastikan kedudukannya tidak akan
dicabar atau diungkit-ungkit atau tergugat.


34. Al Azhiim
Maha Agung
The magnificient/The Infinite

Dizikirkan sebanyak 12 X setiap hari untuk orang yang sekian lama menderitai sakit, Insyaallah
akan sembuh. Juga apabila dibaca 12 X kemudian ditiupkan pada tangan lalu diucap-usap
pada seluruh badan, maka dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, syaitan dan
sebagainya.


35. Al Ghafuur
Maha Pengampun
The All Forgiving

Bagi orangyang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan mengakui dosa-dosa
& beriktikad untuk tidak mengulanginya, Insyaallah akan diterima taubatnya oleh Allah.


36. As Syakuur
Maha Pembalas Budi (Menghargai)
The Grateful

Dizikirkan sebanyak 40 X selepas solat hajat, sebagai pengucapan terima kasih kepada Allah.
Insyaallah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah. Lakukanlah setiap kali mempunyai hajat
yang penting & terdesak.


37. Al 'Aliy
Maha Tinggi
The Sublimely Exalted

Untuk mencerdaskan otak anak kita yang bebal, tulislah zikir ini sebanyak 110 X
(DIDALAM BAHASA ARAB BUKAN BAHASA MALAYSIA!!!!) lalu direndam pada air yang
dingin dan diberikan si anak meminumnya, Insyaallah lama kelamaan otak si anak itu akan
berubah cemerlang & tidak dungu lagi. Insyaallah.


38. Al Kabiir
Maha Besar
The Great

Bagi seseorang yang kedudukannya telah di rampas atau dilucut gara-gara sesuatu fitnah,
maka bacalah zikir ini sebanyak 1000 X selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan
suci sebagai pengaduan kepada Allah. Lakukanlah sesudah solat malam (tahajud atau hajat.)


39. Al Hafizh
Maha Menjaga
The Preserver

Dizikirkan sebanyak 99 X, Insyaallah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang
buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan.


40. Al Muqiit
Maha Pemberi Kecukupan
The Nourisher

Sekiranya kita berada di dalam kelaparan seperti ketika sesat di dalm hutan atau di mana
sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka perbanyakkan zikir
ini. Insyaallah badan kita akan menjadi kuat & segar kerana rasa lapar telah hilang.

41. Al Hasiib
Maha Membuat Perhitungan
The Reckoner

Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkanlah zikir ini sebanyak 777 X
sebelum matahari terbit & selepas solat Maghrib, Insyaallah akan meneguhkan kedudukan kita
tanpa sebarang gangguan.


42. Al Jaliil
Maha Mulia
The Majestic

Barang siapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam yang terakhir, Insyaallah kita akan
mendapati perubahan yang mengkagumkan - perniagaan akan bertambah maju. Andai seorang
pegawai, maka tanpa di sedari kedudukan kita akan lebih tinggi dan terhormat & begitulah
seterusnya dengan izin Allah.


43. Al Kariim
Maha Pemurah
The Bountiful/The Generous

Untuk mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia mahupun di akhirat kelak, maka
amalkanlah zikir ini sebanyak 280 X ketika hendak masuk tidur. Nescaya Allah akan
mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini.


44. Ar Raqiib
Maha Mengawasi
The Watchful

Bagi meminta pertolongan kepada Allah terhadap penjagaan barang yang dikhuatirkan,
maka zikirkan sebanyak 50 X setiap hari dengan niat agar barang-barang yang
di khuatirkan yang berada di tempat yang jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang
kecurian mahupun gangguan lainnya. Bertawakkal & yakinlah kepada Allah,
Insyaallah......


45. Al Mujiib
Maha Mengabulkan
The Responsive/ The Answerer

Sesungguhnya Allah adalah Zat yang menerima doa hambaNya & agar doa kita mustajab &
selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini sebanyak 55 X sesudah solat subuh.
Insyaallah Tuhan akan mengabulkan doa kita.


46. Al Waasi
Maha Luas
Tha Vast/ The All Encompassing

Apabila di dalam kesulitan maka amalkanlah zikir ini sebanyak 128 X setiap pagi & petang,
Insyaallah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan Allah. Andai zikir ini
sentiasa diamalkan, Insyaallah Tuhan akan menjaga kita dari hasad dengki sesama makhluk.


47. Al Hakiim
Maha Bijaksana
The Wise

Bagi pelajar atau sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari, Insyaallah
akalnya akan menjadi cerdas & lancar di dalam menghafal & mengikuti pelajaran.
Amalkanlah sekurang-kurangnya 300 X setiap hari.


48. Al Waduud
Maha Pencinta
The Loving/ The Kind One

Amalkan zikir ini sebanyak 11000 X pada setiap malam. Insyaallah kita akan menjadi
insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi & rumahtangga kita akan sentiasa berada
di dalam keadaan harmoni.


49. Al Majiid
Maha Mulia
The All Glorious

Untuk ketenteraman keluarga di mana setiap anggota keluarga sentiasa menyayangi
& menghormati & khasnya kita sebagai ketua keluarga, maka amalkanlah zikir ini
sebanyak 99 X, sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan dan usap ke
seluruh muka. Insyaallah semua anggota keluarga kita akan menyayangi &
menghormati kita sebagai ketua keluarga.


50. Al Baa'its
Maha Membangkitkan
The Raiser of the Dead

Zikirkan sebanyak 100 X dengan meletakkan kedua tangan ke dada, Insyaallah akan
memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.

51. As Syahid
Maha Menyaksikan
The Witness

Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang atau
sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 X secara berterusan setiap malam
sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya.


52. Al Haqq
Maha Benar
The Truth/ The Real

Perbanyakkan zikir ini, Insyaallah ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan
iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.


53. Al Wakiil
Maha Memelihara
The Trustee/ The Dependable

Sekiranya terjadinya hujan yang disertai ribut yang kuat, atau terjadi gempa, maka
ketika itu perbanyakkanlah zikir ini, Insyaallah bencana tersebut akan menjadi reda
& kembali seperti sediakala.


54. Al Qawiyyu
Maha Kuat
The Strong

Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berdepan dengan
sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim.


55. Al Matiin
Maha Kukuh
The Firm/ The Steadfast

Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat yang
besar sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa
gentar untuk mengganggu.


56. Al Waliyy
Maha Melindungi
The Protecting Friend/ Patron & Helper

Barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan atau kedudukan, maka amatlah
elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izinNya,
kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan orang-orang
yang bersifat dengki.


57. Al Hamiid
Maha Terpuji
The All Praiseworthy

Perbanyakkanlah zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang
paling berhak menerima segala pujian.


58. Al Muhshiy
Maha Menghitungi
The Accounter/ The Numberer of All

Sekiranya kita inginkan diri kita digolongkan di dalam petolongan yang selalu
dekat dengan Allah (muraqabah), maka amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin
sesudah solat 5 waktu.


59. Al Mubdi'
Maha Menghidupkan
The Giver of Life

Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkanlah sebanyak
470 X setiap hari. Insyaallah.....


60. Al Mu'iid
Maha Mengembalikan Kehidupan
The Reinstater Who Brings Back All

Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri dan sebagainya, amalkanlah
zikir ini sebanyak 124 X setiap hari sesudah solat. Insyaallah di pertunjukkan
akan hasilnya.

61. Al Muhyii
Maha Menghidupkan
The Giver of Life

Amalkan zikir ini sebanyak 58 X setiap hari, Insyaallah kita akan diberikan
kemuliaan, darjat dunia & akhirat kelak.


62. Al Mumiitu
Maha Mematikan
The Bringer of Death/ The Destroyer

Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, Insyaallah akan dipermudahkan
di dalam perniagaan, berpolitik dan sebagainya.


63. Al Hayyu
Maha Hidup
The Ever Living

Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah di dalam menjalani kehidupan,
perbanyakkanlah zikir ini.


64. Al Qayyumm
Maha Mandiri
The Self Subsisting Sustainer Of All

Telah berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa yang ingin memperolehi
harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap manusia, ingin
berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang terhormat, maka
zikir lah dengan "YA HAYYU YA QAYYUUM..." sebanyak 1000 X setiap malam
atau siang hari. Hendaklah melakukannya secara berterusan, Insyaallah akan
tercapai segala hajat.


65. Al Waajid
Maha Penemu
The Perceiver/ The Finder/ The Unfailing

Andai berkeinginan berkeperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh & teguh
pendirian, maka perbanyakkanlah zikir ini.


66. Al Maajid
Maha Mulia
The Illustrious/ The Magnificent

Demi kecerdasan otak & agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran, maka
hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari.


67. Al Wahiid
Maha esa
The One/ The All Inclusive/ The Indivisible

Bagi pasangan yang belum mempunyai cahayamata & tersangat ingin untuk
menimangnya, amalkanlah zikir ini sebanyak 190 X setiap kali selesai menunaikan
solat 5 waktu selama satu bulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat
Isnin & Khamis, Insyaallah....


68. As Somad
Maha Diperlukan/ Tempat Meminta
The Self Sufficient/ The Impregnable/ The Eternally Besought of All/ The Everlasting

Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohonlah kepada
Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin, Insyaallah, diri akan berasa segar sentiasa.


69. Al Qaadir
Maha Menentukan/ Maha Menyeimbangkan
The All Able

Apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka amalkanlah zikir
ini sebanyak 305 X setiap hari, Insyaallah segala hajat akan berhasil.


70. Al Muqtadir
Maha Berkuasa
The All Determiner/ The Dominant

Agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar secara lahiriah, maka
berzikirlah dengan zikir ini seberapa mampu sehingga ikhtiar kita itu berhasil kerana
zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita itu.

71. Al Muqaddim
Maha Mendahulukan
The Expediter/ He Who Brings Forward

Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata "Barangsiapa yang berzikir
dengan zikir ini sebanyak 184 X setiap hari, Insyaallah nescaya segala usahanya
akan berhasil".


72. Al Mu'akkhir
Maha Mengakhirkan
The Delayer/ He Who Puts Far Away

Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkanlah zikir ini.


73. Al Awwal
Maha Awal
The First

Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37 X, setiap hari, Insyaallah
segala apa yang dihajati akan diperkenankan oleh Allah.


74. Al Aakhir
Maha Akhir
The Last

Amalkan berzikir sebanyak 200 X sesudah solat 5 waktu selama satu bulan,
Insyaallah Tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal.


75. Az Zhaahir
Maha Nyata
The Manifest/ The All Victorious

Amalkanlah zikir ini sebanyak 1106 X selesai solat waktu di tempat sunyi
(khalwat), nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala
rahsia yang pelik & sukar serta di beri kefahaman ilmu.


76. Al Baathin
Maha Ghaib
The Hidden/ The All Encompassing

Seperti No. 75 juga, tetapi amalkanlah sebanyak 30 X sesudah solat fardhu.


77. Al Waali
Maha Memerintah
The Patron

Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang boleh menyebabkan seseorang
itu menjadi orang yang ma'rifat, iaitu hatinya dibuka oleh Allah. Difahamkan para
wali Allah selalu memperbanyakkan zikir ini.


78. Al Muta'aalii
Maha Tinggi
The Self Exalted

Sekiranya kita akan berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi atau
mereka yang sukar untuk ditemui, maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin
sewaktu mengadap, Insyaallah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya
& segala hajat yang penting-penting akan berhasil.


79. Al Barri
Maha Penderma
The Most Kind And Righteous

Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, Insyaallah segala apa yang kita
hajati akan terlaksana dengan mudah.


80. At Tawwaab
Maha Penerima Taubat
The Ever Returning/ Ever Relenting

Bagi orang yang selalu membuat dosa & ingin bertaubat maka hendaklah
memperbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk kembali
ke jalan yang lurus.

81. Al Muntaqim
Maha Penyiksa
The Avenger

Jika berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak melakukan
kezalimannya terhadap kita, maka hendaklah kita memperbanyakkan
zikir ini setiap hari sesudah solah fardhu. Insyaallah, kita akan mendapat
pertolongan Allah.


82. Al Afuww
Maha Pemaaf
The Pardoner/ The Effacer Of Sins

Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala
dosanya oleh Allah.


83. Ar Ra'uuf
Maha Pengasih
The Cpmpassionate/ The All Pitying

Bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman atau sesiapa sahaja
yang memandangnya, amalkanlah zikir ini seberapa mampu samada pada
waktu siang mahupun malam.


84. Malikul Mulk
Penguasa Kerajaan (Semesta)
The Owner Of All Sovereignty

Seseorang pengarah atau ketua yang ingin kedudukan yang kekal & tetap tanpa
diganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 212 X
sesudah solat fardhu & 212 X pada setiap malam selama sebulan. Insyaallah
akan mendapat pertolongan Allah.


85. Dzul Jalaali Wal Ikraam
Pemilik Kebesaran Dan Kemuliaan
The Lord Of Majesty And Generosity

Amalkanlah zikir ini sebanyak 65 X setiap hari selama sebulan, Insyaallah segala
hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.


86. Al Muqsith
Maha Adil
The Equitable/ The Requiter

Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan, Insyaallah Tuhan akan
menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.


87. Al Jamii'
Maha Mengumpulkan
The Gatherer/ The Unifier

Sekairannya ada dikalangan keluarga kita atau isteri kita yang lari dari rumah, maka
amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada setiap hari dengan niat semoga Allah
menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang lari itu akan pulang
dalam jangka waktu yang singkat.


89. Al Ghaniyy
Maha Memberi Kekayaan
The Enricher/ The Emancipator

Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, Insyaallah apa yang kita
usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu akan mendapat
berkat.


90. Al Maani
Maha mencegah
The Withholder/ The Shielder/ The Defender

Mintalah kekayaan yang bermanafaat untuk kehidupan dunia & akhirat kepada
Allah dengan memperbanyakkan zikir ini. Insyaallah segala hajat kita akan
tercapai.

91. Ad Dhaar
Maha Memberi derita
The Distressor/ The Harmer

Asma' ini sangat berguna di dalam ikhtiar kita untuk menyembuhkan sesuatu
penyakit yang mana sudah lama dihidapi & telah puas dihidapi & telah puas
diubati. Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001 X pada setiap hari. Insyaallah
dengan ikhtiar ini penyakit itu akan cepat sembuh.


92. An Nafii'
Maha Memberi Manafaat
The Propitious/ The Benefactor

Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan zikir ini setiap
hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh & bagi orang yang
susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.


93. An Nuur
Maha Bercahaya (Menerangi/Memberi Cahaya)
The Light

Menurut Sheikh Ahmad Bin Muhammad As Shawi, barangsiapa yang menghendaki
kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikan
dunia mahupun kebaikan akhirat kelak, maka hendaklah selalu berzikir dengan
zikir ini setiap pagi & petang.


94. Al Haadii
Maha Pemberi Pertunjuk
The Guide

Bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke suatu tempat tertentu, kemudian dia
tersesat, hendaklah dia memohon pertunjuk Allah dengan memperbanyakkan
zikir ini, Insyaallah akan diberikan pertolongan oleh Allah akan cepat lepas
dari kesesatan tersebut.


95. Al Baadii
Maha Pencipta
Incomparable/ The Originator

Andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting & bagi memastikan
rancangan kita itu berjaya & berjalan lancar, maka zikirkanlah dengan zikir ini
sebanyak 500 X selepas solat fardhu. Insyaallah Tuhan akan memberikan
pertolongan hingga rancangan kita berjaya & berjalan lancar.


96. Al Baaqii
Maha kekal
The Ever Enduring And Immutable

Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu, Insyaallah
dengan ikhtiar ini semua pekerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan
mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau bankrap dengan berkat zikir ini.


97. Al Waarits
Maha Pewaris
The Heir/ The Inheritor of All

Sekiranya kita berzikir sebanyak 500 X selepas solat fardhu atau sebagainya, supaya
segala urusan kita itu berjalan lancar, maka hendaklah pada setiap malam berzikir
dengan zikir ini sebanyak 707 X . Insyaallah berkat zikir ini Allah akan memberi
petunjuk sehingga usaha kita akan berhasil dengan baik & memberangsangkan.


98. Ar Rasyiid
Maha Pandai
The Guide/ Infallible Teacher And Knower

Walaupun kita tergolong di dalam golongan yang cerdas otak, namun biasakanlah
zikir ini sebanyak mungkin, Nescaya otak kita akan menjadi bertambah cerdas.


99. As Shabuur
Maha Sabar
The Patient And Timeless

Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka perbanyakkanlah zikir
ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar & penuh pengharapan kepada Allah,
maka segala usaha & upaya akan mencapai kejayaan.

Ibadah : Solat Sunat Dhuha

SOLAT SUNAT DHUHA
1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Niatnya:



"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali



Baca doa ini selesai solat

Maksudnya:


Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Akhlak : Adab Terhadap Ibu Bapa




5.1 SEBAB WAJIB BERBAKTI KEPADA IBU BAPA
  1. Berbakti kepada ibu bapa adalah tuntutan agama.
  2. Sebagai salah satu kita membalas jasa dan pengorbanan mereka.
  3. Supaya anak-anak kita nanti akan berbakti kepada kita.
  4. Supaya sistem kekeluargaan sentiasa utuh dan bertambah mantap.

5.2 TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA
  1. Mentaati perintah ibu bapa selagi tidak bertentangan dengan hukum syarak.
  2. Merendah diri dan menghormati mereka.
  3. Berbakti kepada mereka pada bila-bila masa.
  4. Berbuat baik kepada rakan-rakan mereka.
  5. Berdoa dan memohon keampunan dan kesejahteraan untuk mereka.


 5.3 ADAB TERHADAP IBU BAPA
  1. Adab dari segi pecakapan:

  • bercakap dengan bersopan dan lemah lembut..
  • merendahkan suara ketika bercakap dengan mereka..
  • menggunakan bahasa yang baik dan wajah yang ceria..
     
 2. Adab dari segi pergaulan:
  • mencium tangan mereka apabila ke sekolah dan sebelum tidur..
  • tidak menjulurkan kaki ke arah mereka ketika sedang duduk..
  • tidak mendahulukan mereka ketika menjamah makan..

5.4 CARA BERBAKTI KEPADA IBU BAPA
  1. Semasa ibu bapa masih hidup:

  • menjaga mereka semasa tua dan sakit dengan penuh bertanggungjawab..
  • selalu menziarahi mereka sekiranya tidak tinggal bersama..
  • memberi bantuan kepada sama ada wang atau sebagainya..
    
  2. Setelah ibu bapa meninggal dunia:
  • mendoakan keampunan untuk mereka..
  • melaksanakan wasiat mereka dengan adil dan amanah..
  • berbuat baik kepada rakan-rakan mereka..

5.6 KESAN BERBAKTI KEPADA IBU BAPA
  1. Mendapat ganjaran pahala.
  2. Dihormati dan disayangi oleh keluarga.
  3. Mendapat balasan syurga diakhirat kelak.
  4. Melahirkan masyarakat dan negara yang aman dan bahagia.
  5. Mendapat keberkatan dalam hidup.

5.7 AKIBAT DERHAKA TERHADAP IBU BAPA
  1. Jiwa sentiasa resah dan gelisah.
  2. Mendapat azab neraka diakhirat kelak.
  3. Hubungan kekeluargaan akan retak.

Ibadat : Pengurusan Jenazah Satu Kefardhuan


 4.1 KEWAJIPAN TERHADAP JENAZAH
  1.  Memandikan jenazah
  2.  mengapankan jenazah
  3. menyembahyangkan jenazah
  4. mengebumikan jenazah

4.2 TINDAKAN AWAL KETIKA BERLAKU KEMATIAN


  1.  Menutup mata dan mulut mayat . Cara menutup mulut ialah dengan mengikat kain dari bawah dagu hingga keatas kepala.Melembutkan sendi-sendi anggota mayat seperti sendi jari , siku , lutut , dan kaki.
  2. Meletakkan sesuatu yang sederhana berat di atas perut mayat supaya perut mayat tidak kembung.
  3. Menutup tubuh mayat dengan kain supaya tidak terdedah auratnya.

4.3 MEMANDIKAN JENAZAH

  1. Memandikan jenazah bermaksud meratakan air ke seluruh badan jenazah untuk menghilangkan najis dan mengangkat hadas.
  2. Tujuan jenazah dimandikan ialah supaya suci dan bersih ketika menemui Allah S.W.T.
  3. Cara-cara memandikan jenazah

  • letakkan jenazah di atas tempat yang tinggi..
  • jenazah dihadapkan ke kiblat..
  • menutup aurat jenazah dengan kain basahan..
  • berniat ketika memandikan jenazah..
  • bersihkan gigi , mulut , hidung , dan telinganya..
  • bersihkan tubuh daripada najis dan benda yang menghalang air..
  • dudukkan jenazah dan tekankan sedikit perutnya supaya keluar najis..
  • siram seluruh tubuh sehingga rata dengan menggunakan air yang bercampur kapur barus , daun bidara , sabun , dan sebagainya..
  • wudhukkan mayat selepas dimandikan..
     4.Hikmat memandikan jenazah:

  • menghormati makhluk sebagai makhluk yang dimuliakan oleh Allah S.W.T...
  • membolehkan jenazah disolatkan..
  • jenazah berada dalam keadaan bersih dan suci..
4.4 MENGAPANKAN JENAZAH

  1. Mengapankan jenazah bermaksud menutup seluruh tubuh.
  2. Tujuan mengapankan jenazah ialah untuk menjaga maruah dan kehormatan jenazah.
  3. Jenazah lelaki lebih afdal dikapankan dengan 3 lapis kain putih dan 5 lapis kain putih bagi perempuan.
  4. Cara-cara mengapankan jenazah:

  • kain kapan dihampar sehelai demi sehelai..
  • setiap lapisan kain ditabur dengan wangi-wangian seperti kapur barus kecuali orang yang mati dalam ihram..
  • kedua-dua tangan jenazah diletakkan di antara dada dengan pusat seperti solat..
  • kapankan jenazah dengan berhati-hati dan lemah-lembut dan menutup seluruh tubuhnya. Orang yang mati dalam ihram tidak boleh ditutup kepalanya..
     5. Hikmat mengapankan jenazah 

  • menutup aib jenazah..
  • memelihara kemuliaan jenazah..
  • memberi kesedaran dan keinsafan kepada manusia bahawa manusia adalah sama di sisi Allah S.W.T. kecuali orang yang bertakwa kepada-Nya..
4.5 SOLAT JENAZAH

  1. Solat Jenazah ialah solat yang dilakukan oleh yang hidup kepada orang yang mati.
  2. Solat  Jenazah hukumnya fardhu kifayah ke atas umat Islam.
  3. Tujuan solat Jenazah ialah untuk memohon kepada Allah S.W.T supaya diampunkan dosa-dosa si mati serta dicucuri rahmat.
  4. Rukun-rukun solat Jenazah:

  • niat 'sahaja aku solat keatas mayat ini empat takbir fardhu kifayah makmuman kerana allah taala' ..
  • berdiri bagi yang mampu..
  • empat kali takbir..
  • membaca surah Al-Fatihah selepas takbir pertama..
  • berselawat ke atas Nabi selepas takbir yang kedua 'allahuma soli'ala muhammad , waala alihi muhammad .. kamasolaitaala ibrohim , waala ali ibrohim .. wabarik ala muhammad , waala alihi muhammad .. kamabaroktaala ibrohim , waala ali ibrohim fil ala mina innaka hamidun majid '..
  • mendoakan mayat selepas takbir ketiga 'allahuma firlahu walhamhu , waafini waafuanhu'..
  • memberi salam selepas takbir keempat.
      5. Hikmat solat jenazah:

  • memohon kepada Allah S.W.T. supaya mengampunkan dosa si mati dan dicucuri rahmat..
  • menimbulkan keinsafan bahawa setiap manusia pasti akan mati..
  • mengeratkan hubungan silaturahim dengan keluarga si mati..

4.6 MENGEBUMIKAN JENAZAH

  1. Mengebumikan jenazah merupakan kewajipan terakhir terhadap jenazah.
  2. Mengebumikan jenazah hukumnya fardhu kifayah ke atas orang Islam.
  3. Tujuan mengebumikan jenazah ialah untuk menjaga keselamatan dan kehormatan jenazah.
     4 Cara-cara mengebumikan jenazah:

  • kubur digali dengan kedalam yang sesuai bagi mengelak daripada berbau dan dikorek oleh binatang buas..
  • jenazah dimasukkan kedalam liang lahad dalam keadaaan mengiring di atas rusuk kanan serta menghadap kiblat..
  • tutup liang lahad dengan papan..
  • meninggikan tanah kubur sekadar sejengkal..
      5 Hikmat mengebumikan jenazah:

  • menghormati dan memuliakan jenazah..
  • selamat daripada gangguan binatang buas..
  • mengelak daripada berbau yang boleh membawa penyakit..







Akidah : Beriman Kepada Rasul

UNIT  : KETAATAN KEPADA
    1        RASUL






3.1 Pengertian Nabi dan Rasul

  1. Nabi ialah lelaki yang dipilih oleh Allah S.W.T. yang dikurniakan wahyu untuk amalan dirinya dan tidak diperintah menyampaikan risalah kepada orang lain.
  2. Rasul ialah lelaki yang dipilih oleh Allah S.W.T. yang dikurniakan wahyu untuk dirinya dan wajib disampaikan pada orang lain.
  3. Bilangan nabi sangat ramai dan tidak diketahui jumlahnya manakala rasul yang wajib diketahui jumlahnya manakala rasul yang wajib diketahui ialah 25 orang.
  4. Setiap Muslim wajib beriman kepada 25 orang rasul dinyatakan nama mereka yang dinyatakan nama mereka di dalam Al-Quran.
  5. Orang yang mengingkari salah seorang rasul akan terbatal imannya.
3.2 Tugas-tugas Rasul

  1. Menyampaikan wahyu Allah S.W.T. kepada umat islam.
  2. Membimbing manusia daripada perkara-perkara syirik.
  3. Mengajar manusia cara-cara beribadat dengan betul.
  4. Mengajar manusia agar menjalani kehidupan berlandaskan syariat Islam.
  5. Menjadi contoh teladan kepada umat manusia dalam semua aspek kehidupan.
3.3 Rasul sebagai pemimpin

  1. pemimpin dalam rumah tangga:
  • suami yang bertanggungjawab..
  • bapa yang pengasih dan penyanyang..
  • menjadi model terbaik kepada anak-anak..
     2. pemimpin dalam anak-anak:

  • memimpin dan menyatukan kabilah yang bersengketa..
  • bersama-sama para sahabat membina Masjid Nabawi..
  • menjalinkan hubungan baik dengan jiran..
     3. pemimpin dalam masyarakat:

  • memimpin dan memerintah negara Madinah dengan adil dan bertanggungjawab..
  • menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara luar..
  • mewujudkan kestabilan dan kemantapan dalam bidang politik..
3.4 Kesan Beriman kepada Rasul

  1. Sentiasa berada di bawah pemeliharaan Allah S.W.T..
  2. Dikasihi dan dimuliakan oleh Allah S.W.T..
  3. Mendapat ganjaran syurga di akhirat kelak.
UNIT : RASUL-RASUL YANG 
   2        WAJIB DIKETAHUI


3.5 Rasul-rasul yang Wajib Diketahui



  1. Nabi Adam A.S..
  2. Nabi Idris A.S..
  3. Nabi Nuh A.S..
  4. Nabi Hud A.S..
  5. Nabi Salih A.S
  6. Nabi Ibrahim A.S..
  7. Nabi Lut A.S..
  8. Nabi Ismail A.S..
  9. Nabi Ishak A.S..
  10. Nabi Yaakub A.S
  11. Nabi Yusuf A.S
  12. Nabi Ayub A.S..
  13. Nabi Syuaib A.S..
  14. Nabi Zulkifli A.S..
  15. Nabi Musa A.S..
  16. Nabi Harun A.S..
  17. Nabi Daud A.S..
  18. Nabi Sulaiman A.S..
  19. Nabi Ilyas A.S..
  20. Nabi Ilyasak A.S..
  21. Nabi Yunus A.S..
  22. Nabi Zakaria A.S..
  23. Nabi Yahya A.S..
  24. Nabi Isa A.S..
  25. Nabi Muhammad S.A.W..
3.6 Rasul Uluazmi

  1. Rasul Uluazmi ialah mereka yang cekal hati , kuat keazaman , dan amat sabar ketika menempuh pelbagai kesusahan , rintangan dan kesusahan tersebut dihadapi dengan sabar dan tabah.
  2. Rasul-rasul yang digelar Uluazmi dan contoh kecekalan mereka:

  • Nabi Ibrahim A.S.;
      - baginda diperintah oleh Allah S.W.T. supaya menyembelih puteranya Nabi Ismail..

  • Nabi Nuh A.S.;
     - menyeru kaumnya selama 950 tahun supaya beriman kepada Allah S.W.T. dan hanya beberapa  
       orang saja yang beriman..

  • Nabi Musa A.S.;
     - berhadapan dengan Firaun walaupun diancam bunuh..

  • Nabi Isa A.S
     - baginda telah dikhianati oleh sahabat karibnya iaitu Yahuza Al-Askharyuti..

  • Nabi Muhammad S.A.W.;
     - menghadapi pelbagai ujian ketik berHijrah ke Madinah..

3.7 Ciri-ciri Rasul Uluazmi

  1. Bersikap cekal dan tabah dalam perjuangan.
  2. Memiliki kesabaran dan keazaman yang kuat ketika berdepan musuh
  3. Paling banyak menghadapi ujian dalam menegakkan agama Allah S.W.T.
UNIT : SIFAT-SIFAT
   3        RASUL


3.8 Sifat yang wajib bagi rasul

  1. Siddiq(benar)
  2. Amanah(jujur)
  3. Tabligh(menyampaikan)
  4. Fatonah(bijaksana)
3.9 Sifat yang Mustahil bagi Rasul 

  1. Kizbun(dusta)
  2. Khianat(pecah amanah)
  3. Kitman(menyembunyikan)
  4. Baladah(bodoh)
3.10 Sifat yang Harus bagi Rasul
  1. Makan
  2. Minum
  3. Tidur 
  4. Berkahwin

Hadis : Ihsan Terhadap Binatang





2.1 MAKSUD IHSAN
  1. Ihsan ialah melakukan kebaikan semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah S.W.T.
  2. Ihsan terhadap binatang pula bermaksud berbuat baik terhadap binatang mengikut keperluannya.
2.2 KEPENTINGAN IHSAN TERHADAP BINATANG

  1. Mendapat ganjaran pahala daripada Allah S.W.T..
  2. Melahirkan rasa simpati kerana binatang juga adalah makhluk Allah S.W.T..
  3. Melahirkan individu yang penyayang kepada semua makhluk Allah S.W.T..
  4. Membentuk masyarakat yang mencintai kebaikan dan membenci keburukan.
  5. Memelihara habitat binatang supaya tidak berlaku kerosakan.
2.3 PERLAKUAN IHSAN TERHADAP BINATANG

  1. Ihsan ketika menyembelih:

  • memberi minum kepada binatang sebelum disembelih..
  • menggunakan pisau yang tajam..
  • membaringkan binatang di tempat yang rata..
  • melakukan sembelihan secara cepat dan baik..
  • tidak menyembelih binatang yang bunting atau  yang mmenyusukan anak...
   2. Ihsan ketika membunuh:
  • tidak menyeksa binatang sebelum membunuh..
  • tidak membunuh dengan cara yang kejam seperti membakar atau diselam di dalam air..
  • menggunakan alat yang sesuai dengan cara yang mempercepatkan mati..
2.4 BENTUK PENGANIYAAN TERHADAP BINATANG
  1. menyabung atau melaga binatang seperti ayam dan lembu..
  2. memukul dan menyeksa binatang..
  3. membakar binatang hidup-hidup..
  4. merendam binatang di dalam air sehingga lemas..
  5. tidak memberi makanan dan minuman kepada binatang..
  6. memusnahkan habitat binatang..
2.5 BINATANG YANG HARUS DIBUNUH

  1. Binatang yang harus dibunuh:

  • binatang perosak dan kotor seperti tikus , cicak , gagak , lalat , dan sebagainya..
  • binatang buas dan ganas seperti harimau , singa , serigala , dan sebagainya..
  • burung yang menyambar mangsa dengan kuku seperti helang..
    2. Sebab-sebab binatang tersebut harus dibunuh:
  • boleh mendatangkan pelbagai penyakit kepada manusia..
  • memusnahkan hasil tanaman dan tumbuh-tumbuhan..
  • binatang buas boleh membunuh manusia..
2.6 AKIBAT MENGANIAYA BINATANG
  1. Mendapat dosa dan azab di akhirat kelak.
  2. Bersikap kasar dan bengis dalam kehidupan seharian.
  3. Dipandang hina dan tidak dihormati oleh masyarakat.
  4. Hati menjadi keras dan sukar menerima teguran dan nasihat.
2.7 PENGAJARAN HADIS
  1. Kita wajib bersikap ihsan terhadap binatang.
  2. Islam mengharuskan membunuh binatang  yang boleh memudaratkan manusia.
  3. Orang yang menganiya binatang akan mendapat dosa dan azab di akhirat kelak.


Akidah : Fitrah Wanita Solehah


Diciptakan wanita dalam bentuk sebaik-baik kejadian dan seindah hiasan di dunia.
Saya cuba membayangkan dunia tanpa wanita, nescaya dunia akan menjadi hambar dan tiada makna.
Begitulah perumpamaan ketinggian nilai seorang wanita. Bagaimana tidak, hampir semua yang dikaitkan dengan dunia adalah berkait rapat dengan wanita khususnya. Lahirnya seorang pemimpin terkemuka dari seorang wanita. Bahkan hadirnya Rasulullah SAW dan semua Nabi melainkan Nabi Adam adalah dari rahim seorang wanita. Pentingnya wanita dalam kehidupan boleh kita lihat dari dambaan Nabi terawal iaitu Nabi Adam tentang kehadiran Hawa, sebagai wanita yang menemani.
Dengan ini, jelaslah bahawa wanita bukan kejadian yang sia-sia. Kita hamba istimewa. Allah SWT menciptakan kita dengan fitrah yang benar-benar diperlukan dunia. Suka untuk saya mengingatkan wanita sekaliannya agar sedar bahawa kita ini kunci harmoninya dunia. Kurangnya kesedaran tentang hakikat ini saya kira merupakan faktor kerosakan dunia yang semakin hari semakin menggugat; yang mana semuanya berpunca dari rosaknya wanita. Fitrah yang dihadiahkan disalah guna malah tidak disyukuri.
Mari kita hayati sejenak ayat dibawah :
فَجَاءتْهُ إِحْدَاهُمَا تَمْشِي عَلَى اسْتِحْيَاء قَالَتْ إِنَّ أَبِي يَدْعُوكَ لِيَجْزِيَكَ أَجْرَ مَا سَقَيْتَ لَنَا فَلَمَّا جَاءهُ وَقَصَّ عَلَيْهِ الْقَصَصَ قَالَ لَا تَخَفْ نَجَوْتَ مِنَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ (28:25)
Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang dari kedua wanita itu berjalan kemalu-maluan, ia berkata: “Sesungguhnya bapaku memanggil kamu agar ia memberi balasan terhadap (kebaikan) mu memberi minum (ternak) kami”. Maka tatkala Musa mendatangi bapanya (Syua’ib) dan menceritakan kepadanya cerita (mengenai dirinya). Syu’aib berkata: Janganlah kamu takut. Kamu telah selamat dari orang-orang yang zalim itu

Berdasarkan ayat di atas, mahu saya tekankan bahawa fitrah seorang wanita itu bersifat pemalu. Cantiknya seorang wanita adalah dari sifat malu yang ada di dalam dirinya. Tinggi maruah seorang wanita itu dek sifat malu yang menebal di dalam  jiwanya.

Tilawah : Memohon keampunan dan rahmat Allah S.W.T







1.1  PENGERTIAN ZALIM 
  1. Zalim beerti meletakkan sesuatu pada tempatnya atau melakukan sesuatu yang melampaui batas-batas syarak.
  2. Zalim adalah perbuatan yang ditegah dalam Islam kerana ia mendatangkan keburukan kepada diri dan masyarakat.


1.2 JENIS-JENIS ZALIM

  1. Zalim kepada diri sendiri , iaitu melakukan sesuatu perbuatan yang melanggar hukum syarak serta mendedahkan diri kepada kemurkaan Allah S.W.T.. Antara contoh perbuatan menzalimi diri sendiri ialah:

  • melakukan syirik kepada Allah S.W.T..
  • meninggalkan solat fardhu..
  • tidak berpuasa pada bulan ramadhan..
  • minum arak..
   2. Zalim kepada manusia: 

  • membuli kawan..
  • merampas hak orang lain..
  • menganiayai orang lain..
  3. Zalim terhadap alam sekitar:

  • membuang sampah merata-rata..
  • pembakaran secara terbuka.. 
  • menebang pokok tanpa sebab..






1.3 KEAMPUNAN ALLAH S.W.T
  1. Setiap orang melakukan dosa hendaklah memohon keampunan Allah S.W.T..
  2. Keampunan ialah penghapusan dosa  oleh Allah S.W.T kepada hamba-Nya yang bertaubat kepada-Nya.
  3. Antara langkah-langkah mendapatkan keampunan Allah S.W.T ialah:

  • mengakui kesalahan yang dilakukan..
  • menyesal dan menginsafi dosa yang dilakukan..
  • berazam tidak akan mengulangi perbuatan tersebut..
  • tidak berputus asa..
  • berusaha melakukan amal kebaikan..
1.4 RAHMAT ALLAH S.W.T.
  1. Rahmat ialah kasihan belas yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. kepada orang yang dikehendaki-Nya
  2. Setiap orang Islam mestilah berusaha untuk mendapatkan rahmat Allah S.W.T
  3. Antara cara-cara untuk mendapatkan rahmat ialah:

  • melakukan ibadat dengan ikhlas..
  • membelanjakan harta pada jalan Allah S.W.T...
  • berlaku adil terhadap semua orang..
1.5 PENGAJARAN AYAT
  1.  Kita dilarang melakukan kezaliman di atas muka bumi ini.
  2. Orang yang beriman hendaklah mencontohi taubat yang dilakukan oleh Nabi Adam.
  3. Allah S.W.T. memberikannya keampunan kepada hamba-Nya yang bertaubat.