5.1 SEBAB WAJIB BERBAKTI KEPADA IBU BAPA
- Berbakti kepada ibu bapa adalah tuntutan agama.
- Sebagai salah satu kita membalas jasa dan pengorbanan mereka.
- Supaya anak-anak kita nanti akan berbakti kepada kita.
- Supaya sistem kekeluargaan sentiasa utuh dan bertambah mantap.
5.2 TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA
- Mentaati perintah ibu bapa selagi tidak bertentangan dengan hukum syarak.
- Merendah diri dan menghormati mereka.
- Berbakti kepada mereka pada bila-bila masa.
- Berbuat baik kepada rakan-rakan mereka.
- Berdoa dan memohon keampunan dan kesejahteraan untuk mereka.
5.3 ADAB TERHADAP IBU BAPA
- Adab dari segi pecakapan:
- bercakap dengan bersopan dan lemah lembut..
- merendahkan suara ketika bercakap dengan mereka..
- menggunakan bahasa yang baik dan wajah yang ceria..
2. Adab dari segi pergaulan:
- mencium tangan mereka apabila ke sekolah dan sebelum tidur..
- tidak menjulurkan kaki ke arah mereka ketika sedang duduk..
- tidak mendahulukan mereka ketika menjamah makan..
5.4 CARA BERBAKTI KEPADA IBU BAPA
- Semasa ibu bapa masih hidup:
- menjaga mereka semasa tua dan sakit dengan penuh bertanggungjawab..
- selalu menziarahi mereka sekiranya tidak tinggal bersama..
- memberi bantuan kepada sama ada wang atau sebagainya..
2. Setelah ibu bapa meninggal dunia:
- mendoakan keampunan untuk mereka..
- melaksanakan wasiat mereka dengan adil dan amanah..
- berbuat baik kepada rakan-rakan mereka..
5.6 KESAN BERBAKTI KEPADA IBU BAPA
- Mendapat ganjaran pahala.
- Dihormati dan disayangi oleh keluarga.
- Mendapat balasan syurga diakhirat kelak.
- Melahirkan masyarakat dan negara yang aman dan bahagia.
- Mendapat keberkatan dalam hidup.
5.7 AKIBAT DERHAKA TERHADAP IBU BAPA
- Jiwa sentiasa resah dan gelisah.
- Mendapat azab neraka diakhirat kelak.
- Hubungan kekeluargaan akan retak.
0 comments: