Ibadat : Pengurusan Jenazah Satu Kefardhuan


 4.1 KEWAJIPAN TERHADAP JENAZAH
  1.  Memandikan jenazah
  2.  mengapankan jenazah
  3. menyembahyangkan jenazah
  4. mengebumikan jenazah

4.2 TINDAKAN AWAL KETIKA BERLAKU KEMATIAN


  1.  Menutup mata dan mulut mayat . Cara menutup mulut ialah dengan mengikat kain dari bawah dagu hingga keatas kepala.Melembutkan sendi-sendi anggota mayat seperti sendi jari , siku , lutut , dan kaki.
  2. Meletakkan sesuatu yang sederhana berat di atas perut mayat supaya perut mayat tidak kembung.
  3. Menutup tubuh mayat dengan kain supaya tidak terdedah auratnya.

4.3 MEMANDIKAN JENAZAH

  1. Memandikan jenazah bermaksud meratakan air ke seluruh badan jenazah untuk menghilangkan najis dan mengangkat hadas.
  2. Tujuan jenazah dimandikan ialah supaya suci dan bersih ketika menemui Allah S.W.T.
  3. Cara-cara memandikan jenazah

  • letakkan jenazah di atas tempat yang tinggi..
  • jenazah dihadapkan ke kiblat..
  • menutup aurat jenazah dengan kain basahan..
  • berniat ketika memandikan jenazah..
  • bersihkan gigi , mulut , hidung , dan telinganya..
  • bersihkan tubuh daripada najis dan benda yang menghalang air..
  • dudukkan jenazah dan tekankan sedikit perutnya supaya keluar najis..
  • siram seluruh tubuh sehingga rata dengan menggunakan air yang bercampur kapur barus , daun bidara , sabun , dan sebagainya..
  • wudhukkan mayat selepas dimandikan..
     4.Hikmat memandikan jenazah:

  • menghormati makhluk sebagai makhluk yang dimuliakan oleh Allah S.W.T...
  • membolehkan jenazah disolatkan..
  • jenazah berada dalam keadaan bersih dan suci..
4.4 MENGAPANKAN JENAZAH

  1. Mengapankan jenazah bermaksud menutup seluruh tubuh.
  2. Tujuan mengapankan jenazah ialah untuk menjaga maruah dan kehormatan jenazah.
  3. Jenazah lelaki lebih afdal dikapankan dengan 3 lapis kain putih dan 5 lapis kain putih bagi perempuan.
  4. Cara-cara mengapankan jenazah:

  • kain kapan dihampar sehelai demi sehelai..
  • setiap lapisan kain ditabur dengan wangi-wangian seperti kapur barus kecuali orang yang mati dalam ihram..
  • kedua-dua tangan jenazah diletakkan di antara dada dengan pusat seperti solat..
  • kapankan jenazah dengan berhati-hati dan lemah-lembut dan menutup seluruh tubuhnya. Orang yang mati dalam ihram tidak boleh ditutup kepalanya..
     5. Hikmat mengapankan jenazah 

  • menutup aib jenazah..
  • memelihara kemuliaan jenazah..
  • memberi kesedaran dan keinsafan kepada manusia bahawa manusia adalah sama di sisi Allah S.W.T. kecuali orang yang bertakwa kepada-Nya..
4.5 SOLAT JENAZAH

  1. Solat Jenazah ialah solat yang dilakukan oleh yang hidup kepada orang yang mati.
  2. Solat  Jenazah hukumnya fardhu kifayah ke atas umat Islam.
  3. Tujuan solat Jenazah ialah untuk memohon kepada Allah S.W.T supaya diampunkan dosa-dosa si mati serta dicucuri rahmat.
  4. Rukun-rukun solat Jenazah:

  • niat 'sahaja aku solat keatas mayat ini empat takbir fardhu kifayah makmuman kerana allah taala' ..
  • berdiri bagi yang mampu..
  • empat kali takbir..
  • membaca surah Al-Fatihah selepas takbir pertama..
  • berselawat ke atas Nabi selepas takbir yang kedua 'allahuma soli'ala muhammad , waala alihi muhammad .. kamasolaitaala ibrohim , waala ali ibrohim .. wabarik ala muhammad , waala alihi muhammad .. kamabaroktaala ibrohim , waala ali ibrohim fil ala mina innaka hamidun majid '..
  • mendoakan mayat selepas takbir ketiga 'allahuma firlahu walhamhu , waafini waafuanhu'..
  • memberi salam selepas takbir keempat.
      5. Hikmat solat jenazah:

  • memohon kepada Allah S.W.T. supaya mengampunkan dosa si mati dan dicucuri rahmat..
  • menimbulkan keinsafan bahawa setiap manusia pasti akan mati..
  • mengeratkan hubungan silaturahim dengan keluarga si mati..

4.6 MENGEBUMIKAN JENAZAH

  1. Mengebumikan jenazah merupakan kewajipan terakhir terhadap jenazah.
  2. Mengebumikan jenazah hukumnya fardhu kifayah ke atas orang Islam.
  3. Tujuan mengebumikan jenazah ialah untuk menjaga keselamatan dan kehormatan jenazah.
     4 Cara-cara mengebumikan jenazah:

  • kubur digali dengan kedalam yang sesuai bagi mengelak daripada berbau dan dikorek oleh binatang buas..
  • jenazah dimasukkan kedalam liang lahad dalam keadaaan mengiring di atas rusuk kanan serta menghadap kiblat..
  • tutup liang lahad dengan papan..
  • meninggikan tanah kubur sekadar sejengkal..
      5 Hikmat mengebumikan jenazah:

  • menghormati dan memuliakan jenazah..
  • selamat daripada gangguan binatang buas..
  • mengelak daripada berbau yang boleh membawa penyakit..